Latest Entries »

Persediaan akhir hadapi UPSR

Setelah bertungkus lumus mempersiapkan diri dengan ilmu di dada, tibalah esok saat dinanti oleh semua murid tahun 6 di seluruh negara untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Tak kiralah UPSR kali ini mungkin yang terakhir sekiranya dimansuhkan oleh kerajaan, murid tahun 6 akan cuba lakukan yang terbaik.

Harapan ibu bapa, guru-guru dan sekolah sangat tinggi. Mereka mengharapkan kejayaan dari anda semua. Walaupun keputusan ujian ini nanti bukanlah penentu masa depan anda tapi sekurang-kurangnya ia akan menjadi bekal dan motivasi buat diri anda apabila melangkah ke sekolah menengah nanti.

Semoga berjaya !

Salam Aidilfitri !

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan, kaum keluarga, sahabat handai, anak-anak murid dan sesiapa sahaja yang mengenali.

Maaf Zahir dan Batin.

Sambut puasa dengan ibadat bukan adat

SUDAH lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa. Bagaimana perasaan anda? Seronok atau tidak? Seronok atau tidak memang kena buat seronok juga.

Benar, perasaan seronok itu tidak boleh dibuat-buat tetapi hati boleh dibentuk dan diajar untuk menjadikan ia seronok. Kenapa perasaan seronok itu ditekankan? Ini kerana seronok membabitkan soal iman kepada Allah. Buktinya jelas di mana Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bergembira kerana menyambut Ramadan, Allah mengharamkan badannya daripada disentuh api neraka.” Begitulah hebatnya perasaan sehingga gembira saja sudah dapat menyelamatkan daripada api neraka. Di awal Ramadan, orang menyambutnya dengan perasaan yang pelbagai, ada sedih kerana terpaksa berpisah dengan kebiasaan, tidak dapat minum teh tarik atau rokok tak berasap lagi. Tetapi, ada yang tidak rasa apa-apa. Puasa ke tidak sama saja. Bulan Ramadan ke, bulan apa ke, tidak rasa apa-apa. Perasaan itu tidak termasuk dalam pengertian hadis nabi. Perasaan yang termasuk selamat daripada api neraka adalah mereka yang bergembira ketika menyambut, ketika melayani Ramadan dan pakej istimewa iaitu ibadat sunat seperti baca al-Quran, bersahur, solat Tarawih, bersedekah dan iktikaf. Mereka akan bersedih dan kesal jika kekurangan serta kecacatan.

Jika gembira sambut Ramadan sebab hendak berjual di bazar Ramadan atau sekadar hendak buat perniagaan semata-mata, itu juga perasaan yang tidak bernilai pada Ramadan ini. Gembira dalam Ramadan dapat kita ukur ialah bagaimana kita melayani tuntutan puasa sama ada menjaga yang wajib, tambah dengan yang sunat bagi mengukuh yang wajib. Tinggalkan yang haram malah tidak mendekati yang makruh. Orang yang punya kualiti iman, mereka berpuasa tidak hanya menjaga supaya tidak batal puasa tetapi jangan sampai batal pahala puasa. Mengumpat, memang sah puasanya tetapi tidak dapat pahala. Itu maknanya jangan sampai batal pahala puasa. Mengintai, berjudi, memaki-hamun semua itu perbuatan yang membatalkan pahala puasa. Orang yang berperasaan gembira mesti menyambut puasa dengan ibadat dan bukannya dengan adat.

Antara ciri menyambut puasa dengan menganggap bulan puasa ialah bulan beribadah dan menyambut pelbagai tawaran Allah serta mendidik nafsu. Menyambut puasa jika dengan adat saja lebih mementingkan pelbagai tawaran persiapan raya. Belum apa-apa sudah hendak raya, baju raya, kuih raya dan pilihan raya. Menyambut Ramadan sebagai bulan ibadat akan mendorong seseorang memakmurkan masjid dari awal hingga akhir Ramadan.

Manakala mereka yang menyambut puasa dengan adat, memulakan Tarawih dengan seronok tetapi mengakhirinya dengan comot. Pada peringkat permulaan, surau dan masjid penuh dengan jemaah tetapi hampir ke penghujung Ramadan safnya semakin berkurangan. Semakin maju ke depan. Kenapa maju ke depan? Sebab sudah kosong di bahagian belakang. Menyambut puasa dengan ibadat akan membuatkan kita bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir Ramadan iaitu beriktikaf untuk mencari Lailatulqadar. Tetapi mereka yang secara adat, menyambut akhir Ramadan dengan berjaga membuat kuih dan bermain mercun. Kadangkala jemaah masjid pun terkejut, terkedu dengan letupan kuat meriam yang dimainkan. Begitu juga menyambut Ramadan dengan ibadat membuatkan kita bersedih dengan pemergian Ramadan.

Entah diterima atau tidak amalan selama sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini. Manakala menyambut dengan adat makin hujung makin merdeka dan roh Ramadan tenggelam sekelip mata. Semoga Ramadan kali ini yang terbaik pernah kita persembahkan kepada Allah.

Welcome To Ten Dollar Click !

Are you ready to put your cash earnings on the fast-track? We are here to help! Our program allows you to earn money easily from the comfort of your own home. We will pay you $10 per click and 50% of your referrals’ earnings. Once your account reaches at least $10,000 you can withdraw your earnings to PayPal or Alertpay.

There’s no risk since you can join our program without paying anything – it really is free to join and earn! Registration only takes a minute and your account is automatically approved so you can start clicking in a matter of minutes! What are you waiting for?

Falsafah di sebalik pemansuhan UPSR

Oleh WAHID HASHIM wahid.hashim@utusan.com.my

PENGGUBALAN apa juga sistem dan proses dalam pendidikan memang dibenarkan. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak mengehadkan seseorang pelajar untuk membuat apa, menjadi apa atau bersikap bagaimana ketika berada dalam sistem.

Asalkan pelajar boleh menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka, maka sistem dibenarkan untuk berubah.

Guru perlu tahu dan faham akan hal ini kerana kebanyakan yang kurang senang dengan cadangan itu, khabarnya ialah mereka – para guru sendiri.

Sebenarnya, kita tidak perlu bimbang akan keselesaan dan kesenangan yang kita kecapi selama ini akan tergugat kalau yang kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita dan negara.

Jadi, bila ada cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) saya tidak ada alasan untuk membuat bantahan kerana sistem pendidikan kita terbuka kepada perubahan yang dinyatakan dalam FPK.

Namakan apa sahaja – evolusi, revolusi, penambahbaikan – tujuannya adalah sama, menyediakan anak-anak kita dengan perubahan yang bersesuaian dengan zamannya nanti.

Memang tidak ada yang kekal di muka bumi Allah ini kecuali perubahan. UPSR bukan makalah wahyu yang tidak boleh diubah semata-mata ia telah dilaksanakan lebih daripada 15 tahun.

Secara asasnya, FPK – daripada dahulu sehingga sekarang – ialah pembangunan modal insan bermatlamat memperkembang potensi individu secara menyeluruh, untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

Hal ini bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berilmu dan berketrampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai kecemerlangan dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau jargon semasa, k-ekonomi.

Oleh itu, asas kepada perubahan ini terletak kepada beberapa perkara dan semua orang perlu bersikap terbuka – bukan sahaja masyarakat, tetapi juga guru, para pegawai kementerian, penggubal dasar dan sebagainya.

Kita juga sering mendengar rungutan tentang sikap segelintir pegawai di dalam kementerian yang beria-ia benar hendak mempertahankan kurikulum sedia ada, kononnya yang terbaik – sehingga menutup pintu kepada cadangan oleh pihak luar yang mungkin lebih profesional dan semasa sifatnya.

Parameter pertama di bawah FPK yang perlu mengalami perubahan ialah penyediaan kurikulum yang lebih relevan. Kurikulum perlu diubah suai mengikut keperluan semasa supaya murid memperolehi pengetahuan terkini, mengikuti perkembangan sosial dan menguasai kemahiran yang bernilai dari segi ekonomi.

Kedua ialah penyediaan sistem penyampaian yang berkesan – Sistem penyampaian yang berkesan akan meluaskan pengalaman murid kerana mereka dapat maklumat daripada pelbagai punca maklumat di seluruh dunia dengan menggunakan teknologi yang canggih seperti ICT. Sistem ini juga membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan.

Ketiga ialah penekanan kepada pendidikan agama dan moral. Peningkatan kepada salah laku dalam kalangan pelajar sekolah dan gejala sosial dalam masyarakat memerlukan penerapan nilai agama dan moral pada semua peringkat pendidikan diperkukuh dan memastikan nilai baik dapat dihayati dalam semua aspek kehidupan.

Sebagai tambahan, pemupukan semangat patriotik perlu dipupuk melalui semua mata pelajaran. Pemupukannya juga dapat dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

Pemupukan semangat patriotisme bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat cinta- kan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain pembangunan insan, pendekatan strategik juga seharusnya berfokus kepada pembangunan sumber pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan.

Setelah memahami kandungan FPK, marilah kita bertanya, sama ada UPSR – juga peperiksaan awam lain – telah mencapai gagasan membangunkan modal insan yang kita impikan itu.

Kalau belum, mengapa tidak kita ganti sahaja dengan yang lain. Mungkin perubahan dalam sistem pendidikan kelak umpama banjir besar – menghanyutkan terus sistem lapuk dan orang yang enggan berubah di dalam laluannya.

Powered by WordPress | Theme: Motion by 85ideas.